Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for global professionals · Thursday, June 5, 2025 · 819,447,254 Articles · 3+ Million Readers

Menurut GBCI 2025, Hong Kong dan New Zealand adalah antara bidang kuasa paling mesra perniagaan di APAC

/EIN News/ -- LONDON, June 04, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Indeks Kerumitan Perniagaan Global (GBCI) yang baru sahaja dilancarkan oleh TMF Group menganalisis persekitaran perniagaan di 79 bidang kuasa, yang merangkumi 94% daripada KDNK dunia. Ia juga menyenaraikan kedudukan mereka berdasarkan lebih daripada 250 penunjuk kerumitan perniagaan, dengan bidang kuasa yang menduduki tempat pertama sebagai yang paling kompleks dan bidang kuasa di tempat ke-79 sebagai yang paling mudah.

Antara 10 bidang kuasa yang paling mudah di dunia untuk menjalankan perniagaan, Hong Kong, SAR terus menjadi bidang kuasa paling mudah ke-4 selama dua tahun berturut-turut. Bidang kuasa tersebut menawarkan persekitaran perniagaan yang menggalakkan, dengan sistem cukai yang jelas dan rendah, menjadikannya pilihan yang menarik bagi perniagaan antarabangsa.

New Zealand, yang turut tersenarai dalam 10 bidang kuasa paling mudah di dunia, terus mengekalkan reputasinya sebagai tempat yang jelas untuk perniagaan beroperasi. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pendekatan proaktif kerajaan dalam mengalu-alukan pelaburan asing serta proses pentadbiran yang lancar dan teratur.

Sementara itu, kerumitan perniagaan di India (ke-18) sebahagian besarnya didorong oleh perubahan kawal selia terkini, menurut laporan GBCI tahun ini. Sepanjang tahun lalu, India telah memperkenalkan pelbagai pindaan kawal selia yang bertujuan meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti. Walaupun perubahan ini dijangka membawa manfaat dalam jangka panjang, ia telah menambah lapisan kerumitan bagi perniagaan yang beroperasi di negara tersebut, sekaligus memerlukan penyesuaian berterusan terhadap keperluan pematuhan baharu.

Jepun yang berada di kedudukan ke-43 dalam GBCI tahun ini menunjukkan penurunan dalam kerumitan berbanding kedudukan tahun lalu (ke-38). Penurunan kerumitan ini sebahagiannya disebabkan oleh penyederhanaan terkini dan inisiatif kerajaan untuk menyediakan sokongan dalam bahasa Inggeris kepada syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa. Langkah-langkah ini memudahkan operasi dan mengurangkan halangan bagi perniagaan asing, sekaligus meningkatkan daya tarikan pelaburan.

Singapura, yang berada di kedudukan ke-48 terus menunjukkan daya tahan dan keupayaan menyesuaikan diri dalam koridor perdagangannya. Bidang kuasa ini melabur secara besar-besaran dalam teknologi dan naik taraf infrastruktur, yang berjaya mengukuhkan statusnya sebagai hab serantau.

Tanah Besar China (ke-10) memasuki senarai 10 bidang kuasa paling kompleks untuk perniagaan pada tahun 2025. Menurut laporan tersebut, kerumitan ini didorong oleh perubahan kawal selia yang kerap serta perbezaan antara rantau. Walaupun menghadapi cabaran ini, kerajaan terus menawarkan insentif untuk menarik pelaburan serta memajukan pembangunan infrastruktur bagi mempertingkatkan logistik perdagangan.

Ketua TMF Group bagi APAC, Shagun Kumar, berkata: “Kami melihat usaha yang semakin meningkat oleh pembuat keputusan dan perniagaan di seluruh APAC untuk mengurangkan beban berlebihan dalam menjalankan perniagaan di rantau ini. Beban tersebut sebelum ini telah menangguhkan pembangunan, seterusnya mengakibatkan penilaian yang rumit bagi pelaburan. Usaha seperti ini membantu membuka peluang bagi pertumbuhan ekonomi di rantau ini dan kami menjangkakan perniagaan akan menyesuaikan diri serta terus memanfaatkan potensi APAC sebagai penyumbang utama kepada strategi global mereka.”

Sepuluh teratas dan terbawah (1= paling rumit, 79= paling tidak rumit) 
1. Greece 79. Kepulauan Cayman 
2. Perancis 78. Denmark 
3. Mexico 77. New Zealand 
4. Turki 76. Hong Kong, SAR 
5. Colombia 75. Jersey 
6. Brazil 74. Belanda 
7. Itali 73. Jamaika 
8. Bolivia 72. Kepulauan Virgin British 
9. Kazakhstan 71. Curaçao 
10. Tanah Besar China 70. Republik Czech 
   

Hubungan Media
Marina Llibre Martin
marina.llibremartin@tmf-group.com


Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release